Jumaat, 12 Disember 2008

mencurah rasa

Blog ini bukan sekadar sembang biasa.tetapi molek jika digelar pentas untuk mencurah rasa,apa yang berlaku di sekeliling.sama ada baik ataupun buruk,hitam atau putih..yakin boleh,tenang saja.kanta mata ini lebih menjurus kepada apa yang berlaku di negara ku,malaysia tercinta.lihat dari pelbagai sudut politik,muzik,cara hidup dan sebagainya.ada pro ada kontra.kita manusia biasa,bukan penghukum...apa saja yang diperkatakan dalam blog ini perlu dinilai dari sudut positif,jangan mudah melatah wahai waliwalaq semua.pembuka bicara,mengenai muzik di malaysia.alhamdulillah sudah semakin berkembang.mungkin masih jauh untuk mencapai tahap legenda,tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada.band indie semakin bernyawa,muzik semakin diteroka,itu petanda kita mulai peka.namun apa yang kurang enak di dengar,apabila sudah ada nama.mula besar kepala.aduh...itu biasa,fitrah manusia..semuanya punya keinginan untuk menggegar dunia.Tetapi,apabila kita menyedari bahawa orang di sekeliling mula menyampah,atau lebih tepat lagi menyumpah..baru kita rasa goyah.waliwalaq semua,muzik yang hebat bermula dari jiwa yang mendapat berkat.jika band anda kurang hebat@belum ada peminat..fikirkan seketika,karya anda kiblatnya ke mana?mahu menjadi seperti di seberang sana@luahan jiwa yang sebenar-benarnya.moga ketemu lagi.salam.