Ahad, 25 April 2010

bestfriends& me.

sudah 2 bulan masuk kerja..alhamdulillah,semuanya baik-baik saja....banyak benda yg berlaku,apa yg penting..tenang saja.tergerak hati mahu cerita tentang kawan baik @ bestfriends.biarpun saya x mempunyai kawan yg ramai,namun saya bersukur dikurniakan kawan baik yg sgt2 terbaik pernah saya jumpa.

1-Intan Nadia
-she is one of the most gorgeous fren i ever had.kami mula rapat since dekat uitm.melalui hari2 yg sukar,dia sentiasa ada.skrg ni dia sambung stduy di mesir,tapi kami tetap sentiasa ada masa untuk berketawa...

2-Nurul Shairah
-kami mula kenal di uitm,tapi x ada la rapat sgt..then bila saya pindah,baru la kami menjadi sgt2 rapat.berkongsi suka duka.susah untuk berjumpa,tapi bila da peluang,kami akan pastikan ianya memorable.

3-Nur Issyatul Sofea
-she is the biggest influence in my whole life.mula kenal masa di kolej.dia seorang lecturer ya!kami totally different..dia sgt cantik & bijak, saya pula sgt gemuk..semua orang pasti pandang bila kami berjalan bersama.pelik kan dunia ni?


4-Nur Farahyma
-dia merupakan kawan yg baru di kenal 1 bulan,tapi kami jadi sgt rapat.mungkin sebab sblm ni dia x ada jumpa kwn yg 1 kepala..bila sy muncul,kami pun bergabung..meletup!dia selalu membuatkan sya ketawa..well,ubat duka itu kan ketawa?

hidup saya memang mencabar..tapi dengan adanya mereka,saya boleh tersenyum =)

Khamis, 18 Mac 2010

Ya ALLAH,tabahkan hati ku...

hm..sudah masuk 18 hari since masuk kerja...alhamdulillah,semuanya baik-baik saja...berusaha untuk terus belajar...hm,cuma hari ini kesabaran teruji lagi...kadang2 orang yg tua dari kita x sedar...cara mereka layan kita, bercakap dgn kita...buat kita serik...entah lah...susah mau cakap...manusia, jarang sekali tahu erti syukur...

Jumaat, 26 Februari 2010

filem pendek yang mengasyikkan...


rasanya mau dekat 4 jam duduk depan laptop..kali kalu buat forex,kaya sudah...hehe...tapi x apa,forex,nantikan kemampuan saya.*eceh...actually buat filem pendek..pasal family day 13 FEB yg lepas.sebelum ni dah buat ,yang ni konon-konon season 2 lah.sekadar suka-suka..hobi masa lapang sebelum mula kerja.cuba bersikap positif ni.berharap dapat hospital dekat.doa2kan lah ya...ameen...

...12 rabiulawal...

mungkin ini simptom biasa bagi penanam ''apple'' yang menanti posting...dan alhamdulillah penantian 3 bulan akan berakhir pada 1 MAC 2010.mudah-mudahan dapat lah hospital yg dekat..bukan apa,belum ada lesen kereta...susah mau pergi mana2...em..umur sudah 23 belum ada lesen??haha..usah ditanya..sebagai anak,saya hanya mengikut arahan ibu dan bapa tercinta...mungkin ada hikmah atas semuanya.sekarang ni hanya menghabiskan waktu lapang sebelum bermulanya zaman pekerjaan.makan..tidur..online...paling penting,melihat peluang2 menambah rezeki..insyaAllah bila sudah ada gaji,boleh invest untuk masa depan..impian membuka restoran sendiri pasti akan tercapai! berusaha azaezah!*semangat ni.....em,ya..hari ini 12 rabiulawal..sudah seribu tahun pemergian Rasulullah S.A.W...automatik teringat pasal keinginan Tn.Haji (my dad) untuk mengerjakan umrah bulan Mac nanti..sebagai anak,mendoakan beliau&isteri dapat mengerjakan umrah dengan tenang...insyaAllah dad,bila anak mu ini sudah mampu...pasti juga akan pergi sekali lagi ke sana.tempat paling tenang di dunia.Makkah...sekian saja..salam maulidur rasul...

Selasa, 23 Februari 2010

2010...bila si pendiam mula bersuara...


bila si pendiam mula bersuara,semuanya pasti bertukar malapetaka...orang sekeliling dengan mudahnya meletak hukum.si pendiam yg x boleh ditegur...si pendiam yg sudah mula besar kepala...hm...kalaulah si pendiam itu diberi peluang untuk meluahkan apa yg terpendam...23 tahun si pendiam jadi tempat lepas marah,maki hamun,hina,umpat&sewaktu dengannya...23 tahun juga si pendiam menangis di bantal kesayangan sebelum tidur malamnya...dan 23 tahun juga si pendiam x ada kawan yg 100% tahu derita yg ditanggungnya..hanya kerana si pendiam baru mengucap beberapa patah perkataan,habis diungkit segalanya...sedangkan,23 tahun harta%duit si pendiam diambil&diguna tanpa rasa bersalah....x pernah pun terdetik dihatinya untuk meminta semula....waliwalaq sekalian...bayangkan lah jika si pendiam itu adalah anda...

Khamis, 3 September 2009

eldest is leader,youngest is gangster.....

sudah hampir setahun tidak mengaktifkan diri.pelbagai tragedi sudah terjadi...membuatkan malas seketika untuk menghamba diri pada kecanggihan teknologi ini.namun,kini saya sudah kembali..in english,I'm back! bukan untuk revenge,tetapi lebih kepada something yg ingin dikongsi.... ''eldest is leader,youngest is gangster''...agree???jika bertanya kepada saya..jawapan : YA. mengapa? kerana saya melaluinya atau lebih tepat lagi ayat tersebut kena dengan kehidupan saya.saya mempunyai kakak sulung...pewaris unggul...apa saja ayat yg bernas dan indah,pasti dia...saya membesar dengan dibayangi kehebatannya. cemburu? tidak.... tidak pernah cemburu dengan kejayaannya atau kekayaannya... saya? saya tidak sepertinya...saya bukan lah superhuman...saya hidup di dunia yang kejam.namun tidak bermakna saya kaki pukul,kaki gaduh @ kaki-kaki...mungkin kerana body frame saya besar+tinggi membuatkan pandangan orang pada saya agak melampaui pemikiran normal.namun, tidak mengapa. katakan saja buruk tentang saya,tetapi jangan pernah cuba berkata buruk terhadap kakak saya... seorang adik hanya akan menjadi gangster apabila kakak sulugnya disakiti....oleh itu kepada waliwalaq sekalian,apa yang penting dalam hidup adalah menerima diri kita tidak sehebat orang lain tanpa perlu bertanya kenapa?ingat saja, manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling sempurna. buruk baik kita bukan sesama mata manusia yang menilainya...jawapannya hanya pada tingkat langit ke 7 di atas... moga ketemu lagi...wasalam...

Jumaat, 12 Disember 2008

mencurah rasa

Blog ini bukan sekadar sembang biasa.tetapi molek jika digelar pentas untuk mencurah rasa,apa yang berlaku di sekeliling.sama ada baik ataupun buruk,hitam atau putih..yakin boleh,tenang saja.kanta mata ini lebih menjurus kepada apa yang berlaku di negara ku,malaysia tercinta.lihat dari pelbagai sudut politik,muzik,cara hidup dan sebagainya.ada pro ada kontra.kita manusia biasa,bukan penghukum...apa saja yang diperkatakan dalam blog ini perlu dinilai dari sudut positif,jangan mudah melatah wahai waliwalaq semua.pembuka bicara,mengenai muzik di malaysia.alhamdulillah sudah semakin berkembang.mungkin masih jauh untuk mencapai tahap legenda,tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada.band indie semakin bernyawa,muzik semakin diteroka,itu petanda kita mulai peka.namun apa yang kurang enak di dengar,apabila sudah ada nama.mula besar kepala.aduh...itu biasa,fitrah manusia..semuanya punya keinginan untuk menggegar dunia.Tetapi,apabila kita menyedari bahawa orang di sekeliling mula menyampah,atau lebih tepat lagi menyumpah..baru kita rasa goyah.waliwalaq semua,muzik yang hebat bermula dari jiwa yang mendapat berkat.jika band anda kurang hebat@belum ada peminat..fikirkan seketika,karya anda kiblatnya ke mana?mahu menjadi seperti di seberang sana@luahan jiwa yang sebenar-benarnya.moga ketemu lagi.salam.